de' boboiS n gegurlS

Showing posts with label MAKANAN JIWA. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN JIWA. Show all posts

Nov 14, 2012

salam tahun baru.....





SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434
JGN LUPA BACA DOA AKHIR TAHUN LEPAS SOLAT ASAR PTG NI & BACA DOA AWAL TAHUN LEPAS SOLAT MAGHRIB...
SEMOGA KITA SEMUA BERADA DALAM KEIMANAN & KETAQWAAN...INSYAALLAH

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.

Doa Awal Tahun

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.

 

Selamat beramal dan kumemohon keberkatan dariMu ya Rabbi.



Dec 20, 2011

ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH

Assalammualaikum wbt..... sopis just nak share....baru² ni sopis baru habiskan membaca 1 buku ni...sopis rase pengisian buku ni sgt baik utk dibuat parenting module....nanti bila² ada free time....bacalah buku ni...k. sopis rasa, walaupun buku ni bnyk graphic...tp yet perkongsian pengisiannya masih baik utk diambil utk menjadi wadah amalan semua ibu bapa...(mofad dear, bila² rajin...sila baca buku ini juga k...:)

Anak Ku Hebat Anak Soleh.

M/S 205

Harga: RM39.90

ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat,selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran.

Ibu bapa mempunyai segala kuasa untuk menyediakan landasan yang perlu dilalui anak-anak seharian dalam proses membesar, ibu bapa juga perlu mengawal dan menyelia. Untuk itu petunjuk daripada Ilahi melalui al-Quran dan hadis merupakan modul dan acuan terpenting. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sebarangan. Buku ini menghuraikan kaedah dan panduan tersebut.

Penulis: ZAHAZAN MOHAMED

ISBN : 983349400-5






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...