SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434
JGN LUPA BACA DOA AKHIR TAHUN LEPAS SOLAT ASAR PTG NI & BACA DOA AWAL TAHUN LEPAS SOLAT MAGHRIB...
SEMOGA KITA SEMUA BERADA DALAM KEIMANAN & KETAQWAAN...INSYAALLAH
Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun
Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat
menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau
sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon
agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini
dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan
yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan
ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt
yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh
Allah Swt.
Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk
tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun
sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt.
agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan
ketaqwaan kepadaNya.
Selamat beramal dan kumemohon keberkatan dariMu ya Rabbi.
1 kata² mereka...::
salam maal hijrah (^_^)v
Post a Comment