de' boboiS n gegurlS

Jul 13, 2011

Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."


CIUM ANAK DAPAT PAHALA

Keistimewaan yang bakal diperoleh
apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah. Orang yang menangis takutkan... Allah diharamkan oleh Allah akan api
neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan
orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan
membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk
anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di
Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.

Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun
yang pernah aku cium."

Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."


Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu
barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti
dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku
berbakti?"

Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."

Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."



Wallahualam

4 kata² mereka...::

Aini said...

Terharu dengan pesanan Nabi SAW.....rasa rindu pada Baginda SAW....

Tq for sharing Dik..

Mama pun sayang Aimy...nanti jumpa Mama kasik shium Aimy sampai dia ngamuks...heheheh....

sopisTcated said...

hahah!.....okeh²...welcome².

Memey Lee said...

baru saye tau...tenkiu puan sopis for sharing... :)

sopisTcated said...

same² aunty mimie!...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...