de' boboiS n gegurlS

Dec 20, 2011

ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH

Assalammualaikum wbt..... sopis just nak share....baru² ni sopis baru habiskan membaca 1 buku ni...sopis rase pengisian buku ni sgt baik utk dibuat parenting module....nanti bila² ada free time....bacalah buku ni...k. sopis rasa, walaupun buku ni bnyk graphic...tp yet perkongsian pengisiannya masih baik utk diambil utk menjadi wadah amalan semua ibu bapa...(mofad dear, bila² rajin...sila baca buku ini juga k...:)

Anak Ku Hebat Anak Soleh.

M/S 205

Harga: RM39.90

ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat,selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran.

Ibu bapa mempunyai segala kuasa untuk menyediakan landasan yang perlu dilalui anak-anak seharian dalam proses membesar, ibu bapa juga perlu mengawal dan menyelia. Untuk itu petunjuk daripada Ilahi melalui al-Quran dan hadis merupakan modul dan acuan terpenting. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sebarangan. Buku ini menghuraikan kaedah dan panduan tersebut.

Penulis: ZAHAZAN MOHAMED

ISBN : 983349400-5






Dec 19, 2011

"saya nak join bloglist 2 ilasuhaila"

Assalammualaikum wbt, aii semua...arinih sopis blogwalking lagi...n nak join ila suhaila nyer contest...hikhik...saje sesuka sebenarnye....anyway...salam ukhuwah buat semua ..k...;)

ini link beliau k...;)


Dec 16, 2011

Jom kita kongsi....

Assalammualaikum wbt.....hari ni Jumaat...so sopis nak share artikel yang sopis bace dari Metro hari ni...k...

Minda: Teknik nasihat Luqman Al-Hakim


Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

ANAK-anak adalah kurniaan Allah yang paling berharga dan ibu bapa sewajarnya memelihara amanah mendidik mereka dengan kaedah terbaik. Antara kaedah yang paling berkesan dan berhemah dalam melaksanakan asuhan bimbingan kepada anak-anak ialah melalui pendekatan memberikan nasihat.

Jadikan kaedah yang diamalkan oleh Luqman Al-Hakim sebagai pedoman. Banyak sekali bentuk nasihat yang disampaikan Luqman kepada anaknya. Cara penyampaian atau metodologi pengajaran yang diaplikasikan Luqman begitu halus dan penuh dengan amalan psikologi. Kita ambil beberapa contoh bagaimana Luqman menasihati anaknya.

Misalnya, kata Luqman kepada anaknya, “Wahai anakku, sesungguhnya aku kesal dengan percakapanku, tetapi aku tidak pernah menyesal kerana berdiam diri.”

Cuba perhatikan dengan serius bentuk nasihat yang diluahkan Luqman kepada anaknya. Luqman memberi nasihat dengan menjadikan diri sendiri sebagai bahan contoh subjek nasihat yang hendak disampaikan.

Inilah kaedah terbaik sebenarnya bagaimana memberikan nasihat kepada anak-anak. Bukannya dengan menyampaikan nasihat dengan mengambil contoh pihak lain yang sukar dijangkau anak-anak kita.

Pada zaman moden ini, kaedah diguna pakai Luqman itu adalah salah satu kaedah dalam sesi kaunseling. Justeru, Luqman boleh kita ibaratkan sebagai perintis kepada teori dan praktikal kaunseling. Dengan cara sebagaimana dibuat Luqman seperti tadi, pasti perhatian anak-anak akan lebih terserap.

Aspek bersosial juga diterapkan Luqman menerusi nasihat kepada anaknya. Misalnya, kata Luqman, “Wahai anakku, jadilah engkau orang bersikap lemah lembut dengan jiran, hampir dengan kebaikan, banyak berfikir, kurang bercakap melainkan dalam mengatakan yang baik, banyak menangis dan kurang ketawa. Janganlah engkau suka bergurau-senda, membuat bising tetapi diamlah dalam berfikir dan apabila engkau bercakap, maka bercakaplah dengan kata-kata berhikmah.”

Tentu kita kagum dengan kaedah diamalkan Luqman terhadap anaknya dalam menyampaikan pendidikan. Adakah kita pernah membuat seperti Luqman itu? Atau kita hanya serahkan kepada guru untuk mendidiknya? Atau apabila anak-anak pulang dari sekolah, kita hanya pandai membebel dan memarahi anak?

Cuba kita telusuri nasihat kedua yang dipetik sebentar tadi. Luqman menggunakan bentuk nasihat untuk menyampaikan didikan bercorak ringkas tetapi berisi padat dengan ajaran agama dan norma masyarakat. Diadunnya dalam nasihat rangkuman isi yang hendak disampaikan. Didahului dengan didikan hidup berjiran secara baik dan harmoni. Kemudian beliau melorekkan pula elemen pembentukan sahsiah peribadi dari segi pengurusan komunikasi berkesan, iaitu bagaimana memanfaatkan akal untuk berfikir dan bagaimana mempergunakan lidah dengan berhemah dan bermanfaat.

Aspek seterusnya yang turut difokuskan Luqman ialah bagaimana mencorakkan pergaulan yang baik. Kata Luqman, “Wahai anakku. Janganlah engkau duduk bergaul dengan golongan yang tidak mengingati nama Allah. Kerana sekiranya engkau seorang yang jahil, maka mereka akan menambahkan lagi kejahilanmu.”

“Dan sekiranya engkau seorang yang alim, maka ilmu- mu itu tidak memberikan sedikit manfaat pun kepadamu. Bahkan, sekiranya laknat dan kemurkaan Allah diturunkan ke atas mereka, nescaya engkau juga akan turut berkongsi bersama-sama mereka.”

Bacalah berkali-kali nasihat Luqman itu, maka kita dapat mengesan suatu pengajaran yang berkualiti tinggi. Bukan senang untuk kita terapkan bentuk nasihat sebegini, tetapi percayalah seandainya secara beransur-ansur diamalkan, tiada apapun yang mustahil. Kita mesti mencuba kaedah Luqman itu.

Seharusnya kita sebagai ibu bapa menjadikan nasihat yang berisikan pedoman berasaskan agama dijadikan tunjang dalam pendidikan anak-anak. La Rouchefoucauld, seorang tokoh pendidikan Barat pernah mengatakan, “Kita memberi nasihat, tetapi kita tidak dapat memberikan kebijaksanaan bagi dimanfaatkan.”

Maksudnya kita seharusnya menjadikan bentuk isi nasihat itu sesuatu yang padat dengan subjek yang hendak kita sampaikan. Betul dan tepat seperti maksud peribahasa Afrika, “Nasihat itu aneh. Apabila diterima, ia menginap, apabila tidak diterima ia pulang pada ketika itu juga.”

Maknanya kita harus memuatkan nasihat yang mudah ‘dihadam’ oleh pemikiran anak-anak, barulah nasihat itu meninggalkan kesan positif.

Satu lagi pendekatan digunakan Luqman ialah penggunaan elemen metafora atau perumpamaan bermakna dalam menjadikan bentuk nasihat lebih lunak dan bermanfaat. Gabungan jalin antara metafora dan perumpamaan jelas banyak digunakannya. Inilah daya intelektual tahap tinggi sebenarnya.

Misalnya nasihat beliau ini. Kata Luqman, “Wahai anakku. Sesungguhnya dunia ini lautan yang terbentang luas. Ramai manusia yang karam di dalamnya. Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu.” Indah dan penuh makna nasihat Luqman ini.

Luqman sebenarnya ingin mengajak anaknya memahami erti kehidupan di dunia dengan kepatuhan beragama yang kukuh. Beliau juga membimbing anaknya bagaimana menyusuri alur kehidupan iaitu dengan iman dan takwa serta menjauhi perbuatan dosa yang akan mengundang mala petaka. Apa yang diperkatakan Luqman itu disepakati Imam Ghazali yang katanya, “Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitif dengan Tuhan. Apabila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa.”

Sesungguhnya melalui kaedah nasihat jiwa anak-anak akan terserap dengan asuhan sempurna dan membentuk sahsiah peribadi yang unggul. Ibnu Sina mengatakan, “Pendidikan itu berlaku dengan cara membiasakan iaitu membiasakan anak membuat nilai-nilai dan norma-norma yang baik dalam jangka waktu yang lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan tersebut.”

Jadi, satu kaedah pengasuhan terhadap anak-anak yang berkesan ialah dengan teknik nasihat. Insya-Allah anak-anak kita akan membesar dalam ruang yang menepati kehendak agama dan masyarakat.

Penulis seorang guru




Dec 14, 2011

I've gt all my schedule & fun in chck on my latest Samsung Galaxy W!! #MYGalaxyW

I've gt all my schedule & fun in chck on my latest Samsung Galaxy W!! #MYGalaxyW






Dec 13, 2011

The nursery Grad Day!

Assalammualaikum wbt...seperti yg sopis dah janjikan utk hapdet...majlis graduasi skolah anak sopis...my dearest tinkerbell....:D

Majlis graduasi ni sebenarnye utk penyampaian ijazah kepada semua pelajar yg dah 4 tahun mendapatkan pendidikan di taska tersebut...hikhik....semoga mereka terus berjaya di masa akan datang...dan kepada semua pelajar yang masih lagi menuntut di universiti taska tersebut (adik² yg baru berusia 1 - 3 tahun), didoakan semoga anda semua juga turut mendapat kejayaan yang cemerlang, soleh serta solehah lah hendaknya buat semua....jadi anak yang bijak okeh! ;) 

n here, acik sopis nak ucapkan sekalung tahniah buat 3 orang pelajar yang diberi anugerah pelajar terbaik / cemerlang sepanjang mengikuti kursus di universiti taska ini...

adik izzati ilyana binti jefri (tahniah buat kak fiza n abg jeff ;)
adik farizatul hanan nabila binti zulkefli
mohamad farish zakuan
(ternyata kelompok wanita masih mendominasi situasi...hahah)
kredit diucapkan kepada pengusaha majlis ini, sopis hargai setiap usaha anda...;)
sopis juga ingin memberi sedikit pujian....kepada semua guru yang dikira berjaya membentuk sahsiah anak² kami di situ..(even sepanjang majlis berlangsung td pun....bnyk elemen kepimpinan telah diterapkan dalam jatidiri anak² kami)....terima kasih! dan tahniah, seawal peringkat umur +/- 4 thn anak² ini berjaya memimpin nyanyian Negaraku, bacaan ikrar, pelbagai persembahan, hafal elemen pergerakkan....tahniah buat semua..

ada macam² tarian n nyanyian utk persembahan kepada kami sebagai jemputan pihak taska...(#madu & racun, #joget bali, #horay² samba, #chicken dance dan #nasyid)....

tp antara yang paling mencuit hati kami ialah..acara pakaian beragam.....mmg bynk ragam²nya....ade yg shuffling, ade yg goyang² kiri kanan....n aimy...really enjoy masa menjiwai watak panda bear nya...(ibu really proud of u....aimy)  ibu ingat aimy malu n x sporting....ceh meleset sama sekali...  :D....U really did well! Ramai juga lah peserta utk pakaian beragam ni...ada princess ade puteri...(:D), SuperMan, SpiderMan (Sua pender besar), ada kaki joran, ada casual wear, ada pak arab...(tp pak arab ni malu....xmo gi pentas..) huhuhu....

Sopis ingat sape menang dapat hadiah.....sekali rupernye...semua peserta diberi hadiah....;) yeay!! aimy pun dapat hadiah!! (hikhik berbaloi ibu n ayah watkan rumpun buluh aimy yg tampal plastik kat batang belon kaler putih tuh) hihihihi....ok sayang, next time kita join lagi okeh...;) niat ibu n ayah supaya aimy...menjadi seorang individu yg ada confident level dan lebih...berani)...

okeh sopis ade amek gambar....n video...tp wat masa ni...sopis upload pics saje...k....next n3 sopis upload all the videos k...;) c ya....





































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...